BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 3, 2011

Akulah Wanita Itu

Semakin berganjak masa, wanita ini merasakan semakin banyak yang dipelajari. Tetapi makin banyak pula yang mahu diketahui, dicari dan dimengerti. Mengertilah wanita itu bahawa bukan hanya masa yang berubah, malah angka di sebalik usianya juga semakin bertambah.

Fitrah bermula, lalu dilahirkan, ditimang-timang sebagai bayi, membesar menjadi kanak-kanak yang meneroka banyak perkara. Lalu semakin belajar menjadi seorang gadis. Peringkat yang sangat menuntut iman dan jati diri. Kini, wanita itu merasakan sedang melalui semakin banyak ujian dalam kehidupan.

Sering kali diuji, banyak kali dia jatuh dalam usahanya mencari yang bernama BAHAGIA. Wanita itu belajar untuk mengumpul kekuatan untuk kembali mengatur langkah hidupnya. Ada kala wanita itu merasakan lemah, letih dan tidak berdaya. Lalu wanita itu mengalirkan air mata. Bukan untuk mempamerkan kelemahan pada titik air mata, jauh sekali meraih simpati. Kerana bagi wanita itu, dia mengumpul kekuatan setelah mellepaskan air mata itu pergi.

Tika emosi sedang mempersoalkan takdir perjalanan, akal segera menerima hakikat bahawa perancangan Allah lebih baik. Allah mengetahui susunan hidup hamba-Nya. Allah memberikan rahmat, mengurniakan rezeki dan memakbulkan doa-doa hamba-Nya. Namun, ada ketika hamba-Nya diuji dan diberikan cubaan.

Kenapa???

Supaya setiap hamba-Nya tahu erti syukur. Supaya hamba-Nya tidak leka dengan kurnia. Supaya hamba-Nya berusaha menjadi khalifah yang lebih amanah. Supaya hamba-Nya belajar menjadi pejuang dalam hidup. Supaya kita tidak pernah lpa daripada asal dan permulaannya.

YAKINLAH duhai hati-hati yang basah dengan zikir dan sabar bahawa ujian Allah pasti ada hikmah dan rahsianya. Rahsia Allah..dan bila ia tersingkap kita hamba-Nya merasakan bahagia.

Dan wanita itu semakin mengerti mengapa ujian, cabaran dan dugaan dihadirkan dalam setiap langkahnya. 

Wahai kaum adam…
Karena apa kau mencuri hati kaum hawa??
Karena apa kau menyintai kaum hawa..??
Karena apa kau menyayangi kaum hawa…??
Karena apa kau menyunting kaum hawa…??
Wahai kaum adam…
Adakah karena kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah karena kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah karena kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah karena kau ingin menyeksa jiwa raganya…??

Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??
Dan…apakah erti kesetiaan pada kalian…???
Wahai kaum adam…
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula…jika kau memerlukannya…??

Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah…kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..dirobek..disiat oleh kalian...
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam…
Wahai kaum adam…
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian…
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian…
Sesungguhnya…
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya karena Allah…karena Dia..pemilik segala Cinta…Dia-lah Pencinta Sejati…

karya: IBNU KHALDUN...
Madihah Nasrudin

1 kata-kata:

faiz said...

nice blog, follow blk jomwayangku.blogspot.com

1 comment: