13 OKTOBER
2011
Hari ini
merupakan hari kelahiran umi ku. Selamat hari lahir yang ke-53 umi. 53 tahun
yang tiada tandingan yang banyak cabaran. Detik masa berlalu dengan pantas.
Walaupun usia umi bertambah tapi cantik umi tak lekang oleh waktu…umi, selamat
ulang tahun ya…
Doaku buat
umi, semoga dipanjangkan umur. Meningkatnya usia umi, meningkat juga keimanan
dan ketaqwaannya kepada Allah. Terima kasih buat umi yang telah melahirkan dan
membesarkan kami.
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Al-Israa : 23-24
ini umi saya ^_^ |
Sayang kami
kepadamu tetap no.1 setelah Allah dan Rasul…I love u…~
Madihah Nasrudin
0 kata-kata:
Post a Comment